bahagia tanpa awak

serius ini entri jiwang karat gila b**i macam yang ex aku pernah cakap pada aku dulu, sangat berterima kasih.. 

awak, dulu mase mula mula saya kenal awak, saya jual mahal. saya siap dah kate taknak couple lagi dengan awak. tapi entah macam mane, tetibe je saya tercair dengan awak. mase tuh awak cakap, 'tengoklah nanti mizah, man takkan lukakan hati mizah'. yee..agak tak melukakan hati mizah, hati saya. terima kasih sangat untuk 2 bulan yang pertama. then, sampai pada pertemuan kita yang pertama. mase tuh saya tengah rehat rehat kat wakaf masjid, awak tanya saya duk kat mane. saya pun jawab jelah masjid blablablaaaaa. tibe tibe saya nampak awak. saya tak percaya sebenarnya sebab awak kate awak demam. :") sweet sangat bile awak sanggup datang and teman saya yang berseorangan mase tuh. BAHAGIA BILE ADENYE AWAK.

tak lame lepas tu, kite makin kerap berjumpa. yee..sangat kerap sebab SPM dah makin hampir. awak mintak saya ajarkan math mode dgn add math. saya turuti permintaan awak. lucu sangat mase tuh sebab tiap kali kite jumpe awak pakai macam mat rock tapi saya pakai macam ustazah. HAHA junior siap respek awak lagi sebab couple dengan saya. then SPM muncul. kite same same sibuk. awak aliran sains teknikal dan saya aliran sains tulen. belajar bagai nak rak. jumpa pun makin jarang. text and call cuma time bangun tido and time nak tido. takpe, saya maafkan masa masa yang hilang tuh. mungkin awak terlampau fokus. mungkin jugak awak ikut nasihat saya, 'BAHAGIAKAN MAMA AND PAPA AWAK, jangan jadi anak yang menyusahkan'.

bila SPM dah habis, awak selalu ajak saya jumpa, tapi saya selalu sangat tak boleh keluar. awak tahu kan saya anak mak. :") saya jarang keluar selain untuk study dengan kawan kawan atau lepak lepak dengan bestfriends saya, AT. walaupun macam tu, saya sumpah memang saya sayang awak gila gila. rindu tak perlu cakap lahhh sebab kita memang dah lama tak jumpa. memang rindu sangat time tuhh.

masuk tahun 2011, saya start kerja. saya sempat sangat mesej awak walaupun saya sibuk time tuh. kerja memang takyah cakap ahh busy camne. gaji 400 sebulan memang memerlukan kerja yang dedikasi. awak pun sibuk jugak. saya tahu family awak ada bisnes. awak tolong mama papa awak. :) serius masa tuh, saya makin sayang gila pada awak. walaupun saya letih kerja, 8to3, tapi saya relakan diri saya untuk tunggu mesej dari awak. 4,5 pagi pun saya sanggup tunggu. last last, saya tertido. not a single text even a call from you. saya sabar je....betapa penyabarnya saya ni kan ? patutnya awak bersyukur :D

sampai satu tahap, saya mintak clash. ye...saya yang mintak clash dari awak. tapi awak mintak tolong kawan awak pujuk saya. saya terima dan saya sangat suka. HAHA memang tak bleh blah hati perempuan. kene pujuk sikit dah excited. --' saya masih memberi peluang pada awak. mane la tahu kannn. awak jadi gentleman kott kalau saya beri peluang. tapi, apa yang diharapkan, tak jadi nyata. saya try terima awak apa adanya awak. serius time tuu sakit gile kott hati ni. tapi apa boleh buat, SAYANG.  AT suruh saya lupakan awak. takkan nak seksa hati sendiri. awak boleh text kawan saya, tapi awak tak text saya. sedih sangat sangat. T_T

man, at last kite putus. saya sendiri yang mintak putus. bodohnye saya. sekarang pun saya masih terkejar kejar cari awak. saya dah gila. gila bayang pada awak. saya tak tahu apa awak buat pada saya sampai saya jadi macam ni. bile nampak pustaka, saya ingat awak. tuh tempat kegemaran saya. macam mane saya nak pergi kalau asyik teringat awak. kadang kadang sampai menangis sebab teringat awak. kite clash 13 februari kan ? mane lah kesabaran saya hilang mase tuhh. :(

............

sampailah semalam saya nampak awak di bandar. awak tutup muka awak mase saya berdiri berhampiran tempat awak makan tuh. hurmm. kesian saya. muka saya pun awak taknak tengok. jijik sangat ke nak tengok muke ex awak ? tapi takpe, saya tak harap pun awak tengok saya. last last kawan awak teman saya sampai kat kereta. rase macam ada angel kat belakang. tak same macam bile berjalan dengan awak dulu dulu. rase nak nangis kot tengok awak time tuhh. saya taktahu saya bleh drive ke tak. tp ALHAMDULILLAH selamat walaupun ade benda jadi mase on the way balik tuh....

saya nampak dekat HOME FACEBOOK saya. awak in relationship with blablabla. HUHU  memang dah terasa nak nangis. dulu mase kite couple saya nak buat macam tu dengan awak tapi awak tak bagi. :)  mungkin dia lebih cantik, mungkin dia lebih baik, mungkin dia lebih sempurna, mungkin dia ada segalanya yang awak nak.

saya dah bertekad nak lupakan awak walaupun pada hakikatnya saya tak boleh. selalu sangat menangis bile mak saya tanya pasal awak. :") bile saya nampak awak dah ada pengganti, saya tahu, awak mungkin dah bahagia. terus saya bukak belog. menekan nekan keyboard and taip entry nieh. SAYA HARAP SANGAT SAYA BOLEH BAHAGIA TANPA AWAK. dan cuba terima salah seorang daripada mereka yang cuba meng-usha saya. tapi saya, mahal. buat kawan boleh. hati cuma satu. masih belum terbahagi. :)


kepada awak, man, berbahagialah. saya tahu awak sangat setia pada insan kesayangan awak.




***menaip sambil menangis. kata DIA, jangan menangis untuk orang yang tidak pernah menghargai diri kita. akan ku cuba...

****silap aku lah kot sebab terlalu sayang and setia pada yang satu, mungkin lepas ni kena jadi minah player kot ??


okayybabaiwassalam.

4 comments:

Nad Ezrin said...

Yup . Jangan menangis utk orang yg tak pernah hargai kita . No , jgn jadi minah player ! Biar orang buat kita , jgn kita buat orang . :)

A retarded kitty said...

jangan buat hati terseksa sebab seorang manusia yang dah tak sayang kita lagi.

Miejah. said...

@Nad Ezrin

betul jugak kate awak, jgn kite buat orang. miejah pun takut jugak kalau nanti kene lagi :")

Miejah. said...

@A retarded kitty

im trying to~ sebab miejah dah nampak betapa buayanya die. siyesly sebelom ni miejah ingat die setia, rupanya 5 in 1. lebih kuota kott. hish xphm lelaki --'