Time moves. People change.

so do I.

T-T

ni lah sebab aku malas pergi sekolah lama aku.
ni lah sebab aku malas mengadap ustaz kat sana.
malas malas malas. kau tahu perasaan malas tu macam mana ? kalau tak tahu pi connect broadband sana. sambung wi-fi segala. abang google ada nak tolong. kakak yahoo boleh bantu.

huh. Allah saja yang tahu perasaan aku sekarang
sakit hati tahu tak ? *nak nanges tapi belum masanya.

__________________________________________________________________________________

ustaz, saya, Memijoes, dah berubah. walaupun tak seratus peratus, in sya Allah saya dah berubah. walaupun sedikit. saya dah tak nakal macam dulu. saya dah tak ngade nak buat date segala dengan boyss. *deng ramai*. saya yang baru walaupun perangai masih macam budak kecik happy happy selalu naik basikal keliling taman kejar kanak kanak umur 4 tahun. herherher. saya berubah, ustaz. berubah dengan masa. berubah dengan segalanya yang berlalu seiring dengan umur saya yang makin melonjak naik walaupun hakikatnya saya masih muda masih 19 tahun tapi bakal menjadi seorang teacher tak lama lagi. ustaz, sampai hati ustaz kata saya macam tu. tanya cik abang saya mana. saya dengan bendul jawab saya tak ada abang. sampai hati..... 

dulu, saya kecik lagi, tak pandai jaga diri. macam anak kecik baru pandai bertatih. saya tahu saya salah. tapi perlu ke ustaz bangkitkan kenangan silam yang saya tak mahu ingat ? ustaz... saya nak jadi orang yang baru. yang berubah ke arah kebaikan. kalau ustaz boleh tolong saya, saya harap satu je daripada ustaz, halalkan segala sakit hati saya pada ustaz,. saya malu ustaz.. malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah.. saya menyesal segalanya. sebagai seorang ustaz, saya harap ustaz mampu .. mampu berkati bekas pelajar ustaz yang seorang ni. *nangis dah.

ustaz, saya dah lupakan dia ustaz. demi mama saya. demi segalanya. ustaz janganlah buat saya rasa gundah gulana macam ni lagi. ustaz tunjuklah contoh yang baik yang boleh saya ikut. jangan jadi macam ketam ajar anak dia berjalan betul. senget jalannya. huuuuuuuuuuuuuuu. *srooott ingus. memang orang kata cinta pertama susah nak lupa ustaz, tapi saya paksa.. demi keluarga yang saya sayang lebih. 

ustaz, maafkan saya. dan lupakan saya. *err. pelik pulak. lupakan segala kesalahan yang telah saya lakukan. memang besar kesalahan saya tuu tapi pintu taubat Allah, sentiasa terbuka luas sebesar alam. lebih besar sebenarnya ya ustaz.

asif jiddan. *tunduk dgn air mata meleleh membasahi lantai simen. jadah aku ni -.-
__________________________________________________________________________________

nak je aku luah macam ni kat ustaz. tapi aku tak mampu. sakit tuh masih sangat terasa. salah aku jugak sebenarnya. ustaz, biar saya jawab dengan Allah, ustaz. jangan sampai apa yang ustaz kata kat saya tu kena balik kat family ustaz. ada orang pernah cakap kat saya..

Bila kita kata tak baik tentang orang tuh, tentang keburukan dia, suatu hari nanti tak mustahil Allah akan bagi kita rasa balik apa yang pernah kita kata tu. haa padan muka. haa rasakan. esh kejam plak aku nih.
Bukan mudah untuk berubah.
Dari tanpa arah ke sejadah.
Dari jalanan ke sujud menghadap Tuhan.

saya orang kecil, ustaz orang besar.
saya orang muda, ustaz orang tua.

buatlah saya rasa makin respek dengan ustaz, bukan makin sakit hati dengan ustaz. 
tolong tolong tolong.

atau memang mulut ustaz pesen macam tu ?
suka ingatkan orang tentang salah silap dia masa lalu ?
LOL.

No comments: