carikan siapa aku, boleh?

ramai yang tanya saya, what's wrong with your blog.
mana lagu.
mana warna warni.
kenapa plain sangat.
awak tak pandai main kod html? *yg ni kwangjaq*

hey hey chill bebeh. it's not i dont know or what so ever related with the words i dont know.
i just need peace. (Y) entah. tetiba suka plain. dan jatuh hati pada pungguk. bulannya jugak. tu sebab mak aku. dan cinta-yang-tak-tergapai. masih mencari identiti sebenarnya. tapi rasa lebih suka pada yang plain. mungkin sebab umur dah nak cecah 20? oh no, im so gona miss my teen-age. rasa macam nak jadi dewasa. mungkin jugak. tak tahu. keliru. dan konpius. dan keliru. maaf. aku memang suka mengulang sinonim.

aku taktahu sebenarnya aku menulis belog untuk apa. kalau dulu konon sedih takdak tempat mengadu time mak marah, cepat je bukak lappy. update belog.. mak marah blablabla.. acece konon sindarela sangat kan. haha. nak gelak je rasa. aku menulis belog dari umur 16 weh. tapi tulisan aku entah pape. haremmm. malu siot kalau simpan bagi cucu baca. dengan cinta yang banyaknya. haha bodoh. that 's the exact word which i can describe myself. totally suits me. woi jangan gatal nak godek post lama. haha aku dah delete banyak. malu dan segan. serta malu. uuuu aku dah kata. menyesal je korang tunggu loading. takdek benda pun. semua aku merapu pasal ikan kerapu. wajiblah menulis nak letak asam keping garam segala nk bagi secukup rasa kan? haha

recently aku banyak bukak belog mereka mereka ni. bukan nak jadi star. bukan nak kucingtiru-kan diorang. semberono lah tu namanya. hidup biar ada prinsip sendiri bhai.
aku baca belog model, hanis zalikha. oh sweet
aku baca belog model (jugak) yuyu zulaikha,
aku baca belog namee roslan (nak kawin dah dgn cinta 6tahun plus plus dia tu)
aku baca belog gadisjahat (menulis juak di terfaktab)
aku baca belog srikandiasytari (junior yg kini sudah berniqab, dan aku cemburu)
aku baca belog artis lelaki kesayangan aku zahiriladzim (suami orang dah -.-)
serta umairahshafie (ada jiwa dalam tulisan)
aku takkisah diorang freehair baju takcukup kain pe benda semua*sebenarnya,kisah*.
aku tengok tulisan je.

diorang semua have their own writing style. sempoi. gila gila. gila. pencari agama. pendakwah. wah. aku dengki. sebab aku masih belum jumpa siapa dalam aku.

perut meragam. gigi pulak nak bermanja. pagi buta pun buat perangai. hampeh.

carikan siapa aku dalam aku, boleh?

No comments: