kata orang kawan yang sejati takkan pernah berubah hati.

*tajuk post ini aku ambil dari sebuah blog. secara random. mohon tak marah*

rasanya kena kot tajuk ini dengan mimpi belakangan ini. ohmai. im writing a post like a Bahasa Melayu teacher ohmai ohmai. okey shadapp. aku nak tulis secara serius. tentang sahabat. tentang value dalam bersahabat. tentang..tentang.. pengaruh Tentang by GdsJht. haha. okey serius balik.



sahabat? korang tahu apa makna sahabat, kawan, teman, rakan? 
*google ah weh*

sahabat dalam Bahasa Inggeris adalah 'FRIEND'.
dan menurut cambridge advance learner's third edition yang ada tersadai dalam lappy buruk aku ni, friend means a person who you know well and who you like a lot, but who is usually not a member of your family. oh.

a persona person
who you know wellwho you know well
who you like a lotwho you like a lot
not a member of your family.not a member of your family.

tu kata kunci makna sahabat. moh aku translatekan walaupun aku tahu korang ni mungkin ada master dalam bahasa inggeris, aku baru merangkak nak naik degree B.Ed TESL. uh terbau riak!

a persona person. of course la kan. orang. tapi aku taktau kalau kalau korang ni ada obsesi terhadap benda sampai korang punya sahabat adalah sebuah kerusi. atau meja. atau buku. atau tandas? err. tapi yang pastinya yang aku boleh jamin, most of us have a lot of friends which are humans. persons. humans. manusia.

who you know well. sesiapa saja yang kau kenal secara baik. seluar dalam warna apa pun kau amik tahu. okey itu memang bukti 'you know well' lah. nope. kau tahu dia siapa. kau tahu perangainya macam mana. kau tahu baik buruk dia. dan kau masih terima dia sebagai dia. aku pun taktahu kenapa. mungkin sebab rule dalam hati aku cakap bila berkawan dengan seseorang terima je baik buruk dia. oh. lupa. kalau dia lahanatkan kau, kau lahanatkan ah dia balik. bagi psiko sikit. tapi mak aku cakap biar orang buat kita, jangan kita buat orang. oh lupa. friend is a person. and a person means seorang orang. k. tolong dengar cakap mak aku. she knows better. dia hidup lagi lama daripada kita. kita if korang umur below empat puluh tujuh.

who you like a lot. eh bodoh. kalau kau suka seseorang, of course la kau nak kawan ngan dia kan. jap. kau suka aku tak? jom kawan dengan aku. aku tengah kelip mata tunggu jawapan kau ni weh. mohon jawab segera. hihi. normanya orang akan berkawan dengan orang yang diorang suka. and mostly sebulu. bulu maksud aku, kalau yang seorang tu kaki fesyen, fashion sense dia memang up to date yang seorang lagi pun macam tu lah. kasut nak tukar sokmo. baju baru sokmo. rambut warna warni bohhh. and gitulah sebaliknya. kalau yang sorang ni kaki masjid, yang sorang lagi pun wauuu lumba lumba weh perform solat sunat. solat fardhu jemaah sekali. pergh. hebak ni sahabat yang sebegini. k. aku dambakan sahabat sebegini. acewah. mohon cari sahabat yang jenis sebegini. cerah kubur kau nanti. nah aku kasi cium. suka sangat kat kawan, ikut je semua yang kawan buat. mohon jangan mengkhinzir buta. jangan sampai kawan pijak kepala. you know your limit, and make sure they know their limit. tak lebih lebih. pinjam ringgit malaysia setengah juta dengan kau, kau bagi pinjam. percaya. atas dasar kawan. kemudian dia invisible macam hollowman. baru kau tahu dia bukan kawan. itu syaithoooonirrojimm. you know what you should do; choose a friend wisely.

not a member of your family. bukan ahli keluarga kau. tiada pertalian darah. tiada kena mengena jenis darah. errr. darah aku A positif. kau? hihi. melalut dah. yang pasti dia dianggap kawan, bila dia tak ada pertalian darah dengan kau. kalau ada, keluarga lah namanya tuh woi. jangan retard sangat okay? muahh. 

...
kau tahu kenapa entri aku kali ini pasal kawan? sebab.. kawan kepada kawan aku telah buat khianat pada kawan aku yang ada migrain ituuuu. mereka si fulan itu meminta tolong. kawan aku percaya. kawan aku tolong. last last apa jadi last minute? pakyu. dirahsiakan. ini isu kepercayaan. trustworthy. kau jangan pernah misuse trust orang pada kau. kau tahu sebab apa? sekali kena tak mungkin kena yang kedua kalinya. seorang Muslim takkan pernah terjerumus dalam lubang yang sama dua kali. well said. kalau kau taknak hilang kawan, jangan sekali kali kau khianatkan kawan kau. percayalah cakap aku. aku pun pernah rasa. aku tahu rasa sakitnya macam mana. dan aku percaya, tiap orang ada isu tentang persahabatan. hanya tahap sakit tuh je yang berbeza. kan?

kau tahu. kawan yang baik akan dapat terima kau apa adanya kau. bila kau buat salah, dia tak mengata kau di belakang. dia tegur depan depan woi. atas muka. punch terus. takdek main tirai dengan kain selimut ke hape. straight to the point. bila kau sedih gembira susah senang riak bagai dia tetap di samping kau. kau pedajal orang, dia nasihatkan kau. itu namanya kawan. 

kau tahu, jangan terlalu percayakan kawan. walaupun kau dah kenal dengan dia dari dalam perut mak kau dan mak dia lagi. kau bukan tahu apa dia buat belakang kau. dia ceritakan keburukan orang lain pada kau? heyy tak mustahil lah dia cerita keburukan kau pada orang lain. ini benar. oh dan ini juga peringatan buat diri aku. biasa ah mengata orang kan? haha mohon jangan dibiasakan. cubit pipi masing masing sekarang.

'give and take' is always needed in a relationship, okay? no matter what relationship it is.. in this context, it's friendship. kau nak orang jaga hati kau, kau kena ah pandai jaga hati orang. kau nak orang paham kau, kau try ah paham orang jugak. and blablabla and so on.

...
aku ada friendship issue jugak. aku taktau bila boleh selesai. uh. my one bad habit; left things unspoken.

No comments: