aku takut.

aku takut.
takut bila tengok kau marah.
takut bila tengok kau merengus.
takut bila tengok kau diam.
sampai aku pun terdiam jugak. 

aku takut.
takut bila kau jadi baik sangat pada aku.
takut bila kau selalu tolong aku itu ini.
takut bila kau buat baik dan buat aku marah sekaligus.
sampai aku jadi takut untuk selalu dekat dengan kau.

aku takut.
takut bila tahu sebenarnya effort kau untuk rapat dengan aku itu
demi cari keburukan aku.
demi tengok aku jatuh.
demi untuk cuba sebarkan segala perangai setan aku.

kau buat aku takut yang teramat.

..
aku takut pada mereka yang dipanggil backstabber.
yang terkenal dengan tikaman dari belakang. 
yang tajam lidahnya daripada mata pen sharpie aku.
sumpah aku takut.
sebab aku tak ada mata belakang untuk tengok kau. kau. dan kau.



jadi aku mohon.
jangan sampai takut aku pada Tuhan hilang sebab takut aku pada kau lebih melampau.
tolong.

No comments: