Day 02- Where you'd like to be in 10 years.

Ini entry yang kedua, berkaitan dengan entry ini. Cabaran 30 hari, bro. Susahnya nak siapkan. Banyak sangat halangan, mungkin? Ekek. Padahal malas tapi belit belit dengan alasan lain. Booya!

Okay, let's start. So, where shall i begin? Hm. 10 years more inshaAllah dah get married, tapi sejujurnya, memang jujur sehabis baik sehonest mungkin, taktahu akan end up dengan siapa. Yang ni memang main point ah kalau orang tanya pasal masa depan. Dan siapa lelaki masa depan. Er. Clueless. Krik krik.

Next, haruslah kerjaya. Sebab sekarang kan, sedang training nak jadi cikgu, jadi pendidik mendidik anak bangsa tercinta. Pergh. Besar tanggungjawab eden. Susah kot nak jadi cikgu ni. Subjek tiap semester memang mencabar minda. Bukan setakat minda, dengan anggota tubuh pun teractivate sekali. Luls. Okay since i still have three years more to finish my study here, tolak tolak ada lah tujuh tahun. Then haruslah tanam anggur sekejap maybe around 1,2 years? Yelah, kan jaminan posting untuk guru akan dibubarkan. Heh. Kerja 3 tahun. So, to be exact itu dah 8 tahun. I'm so gonna spend my years untuk further my study. Nak dapatkan master, nak setanding atau maybe lebih drpd abah? Sebab abah nak anak anak dia better than him. My bros kan semuanya inshaAllah jadi doktor, so why not me? Doktor falsafah mungkin? Besides, there are many things to be experimented with. Life kan ni? Hee. Eeee lewatlah kahwin camni. Ahha berangan lagi~ luls. Apapun, belajar dulu. Kasi up pointer tu. Uuuuu. Seram!

Bila dah ada kerja, haruslah ada harta. Ada lah sikit sikit. Nak tampung hidup. Bagi anak makan. Bagi mama ngan abah bulan bulan. =) Biarlah hidup secara sederhana. Tak adalah sampai tahap zuhud, tapi janganlah sampai berlebihan. Bertabarruj dalam menyimpan harta, boleh? XD

10 years more, mungkin jauh dari negeri sendiri. Jauh dari Terengganu or Kelantan. That's what i've been dreaming of for so long. Nak travel. Nak duduk jauh. Nak cari experience. Nak tengok tempat orang. Nak tengok orang. Suka. Suka sangat dengan benda benda baru. Entah entah nanti dah tua hidup macam orang nomad. Tapi... civilized nomad lah. Sengih. 

10 years more, dah jadi ummi kot? Haha. Okay, ummi untuk Wardah dan Mawaddah. *twin* luls~ suka sangat berangan nak ada anak kembar. Padahal dalam gen family takdek kembar pun except for my cousin. (^^)"

Hm. InshaAllah masih jadi orang, masih hambaNya yang cuba memperbaiki diri sendiri. Serious matter ni, suka sangat tengok orang lain pakai tutup tutup semua. Aku? Ngek. Kejap tutup, kejap bukak. Macam ntah apa apa. Padahal Allah dah sebut terang terang dalam Quran. Firman Dia semua obvious gila. Mana boleh macam ni.. tak boleh terus macam ni.. I really need to change and grow up. Hidup mesti berlandaskan syariat. Baiki solat~

Taktahu wajah dah keriput macam mana. Boleh lagi tak kekal awet muda macam ni? huahua.
okey tipu. mana ada muka camni. ni gambar lama. gambar tingkatan berapa ntah. =p


10 tahun lagi, taktahu, masih YM Raja Norhamizah. Atau Arwah Raja Norhamizah. Taktahu masih hidup atau dah tinggalkan nama je atas dunia ni. Taktahu siapa boleh tolong deactivate FB, Twitter, MySpace etc etc tu. Surat wasiat mungkin? Heh. Taktahu di mana bakal berada. Semuanya tak diketahui. Wallahua'lam.

Toodles!
xo.

No comments: