menyayang menyuka mencinta

ini satu hal yang takdapat otak saya brain (baca; proses)
nak pulak yang jenis otak tengah tengah ni.
kiri, kanan seimbang. seni pun ada, logik maths pun ada.
aih, payah!

menyayang menyuka mencinta ni tiga hal yang sangat berlainan.
sungguh!

tapi sampai sekarang takdapat cari bezanya secara praktikal.
secara atas kertasnya, bolehlah.
sebab untuk merungkaikan sesuatu dengan tulisan;
sangatlah besar bedanya dengan perbuatan yang ditunjuk fizikal.

tapi, ada rasa untuk orang itu.
rasa yang antara tiga itu.
ya, orang itu.
dan cuma dia seorang tak ada lainnya. *ehh
ke mana saja, dengan siapa pun bercanda,
kalau dia di depan mata tika di khalayak,
serasanya bagai mahu rebah, tutup mata terus terusan!

ah. ayat.
jangan percaya, ini hanya aksara.
lihat di sini,
ke aku dan perbuatanku dan sikapku.
aku yang memandang kamu dari kejauhan, salam dari aku.
senyum.




p/s ; salam imtihan, final exam ipgm november 2013. bittaufiq wannajah!

No comments: