hati telah letih *re

Satu Cerita Cinta

Di hari dia melahirkan cintanya
dia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta"

Di hari perkahwinannya
dia berkata kepada kekasihnya
"Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta"

Di hari-hari kemudiannya
dia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang mengajar kita
melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."


persetankan sajak di atas. coretan kali ini adalah tentang hati yang letih.

ini aku. aku yang sudah banyak kali melalui pengalaman cinta.
tapi sering sahaja gagal.
paling terkininya dia yang kedua belas kalinya.
dan kini aku sudah bertekad.
berhenti bercinta.
aku hanya 19 (masih tak cukup sebenarnya) untuk bercinta dan berangan untuk melayari bahtera perkahwinan. err. jangan aku matang sebelum usia. tolong. aku menolak untuk bercinta. hak kamu untuk mencintai aku. tapi aku sudah serik untuk mencintai lagi. ada saja yang bertanya.

f : kau tak serik bercinta ?
aku : entah. yang pastinya hati aku letih.
f : bagaimana saja kalau kau berhenti bercinta. dengan izin-Nya kau akan ketemu dengan jodoh kau yang sesuai dengan kau pada masa yang sesuai.
a : *diam dan senyum.
baiklah. cubalah istiqamah. nanti Allah akan pertemukan diriku dengan insan yang sememangnya ditakdirkan untuk aku. jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan-Nya.

buat masa ini, jadilah pelajar yang baik. anak yang solehah. bahagiakan kedua ibu bapa. cuba menjadi hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. belajar untuk istiqamah. bi iznillah.



jazakallah.

_________________________________________________________


terbangun. jam 4.35pagi. teruskan mengulum tasbih. dan istighfar.
masih teringat kenangan. lantas membuka komputer usang ini. eh.
dan ini, entri ini aku forward dari belog lama.
banyaknya tulisan yang belum dibuang.
mungkin boleh jadi pengajaran, buat renungan di masa depan.
Allah. semasa ini, tak paham lagi konsep bercinta, bercouple.
ahh aku ini orangnya rambang. dan lalang. sadisnya.

cinta itu boleh. yang salahnya, bercouple ya hamizah.
sampai buat diri jadi begitu begini.

dah. yang berlalu biarkan berlalu.


ke bilik air, wudhu'. assalamualaikum. 

No comments: