Tuan yang meninggalkan Gadis

Dan Tuan kirimkan hadiah kepadanya sebuah alQuran. Setelah bertahun Tuan muncul hanya utk mengatakan, lupakan pada semua janji Tuan.

Utk yg ditinggalkan Tuan, moga gagah jualah hati mu duhai Gadis.

Tuan kejam. Tp jika benar asbabnya kerana Tuhan, maka Tuan pulanglah saat hati sudah cukup gagah.
Gagah untuk kembali memenangi hati Gadis, membawa Gadis pulang menuju ke jalan-Nya Tuhan.


buat Gadis kesayangan kakak, berbahagialah bersama imanmu sayang. kakak dulu punya juga seorang iman dan akhirnya dia meninggalkan kakak. kerana seperti Tuan, dia ingin menuju Tuhan. dan untuk kali ini, kakak tidak pasti; meninggalkan atau ditinggalkan. yang kakak pasti; hati kakak semakin penat, mungkin sudah tak mahu berlari. kelak berhenti dan hanya cuma mahu memandang dari kejauhan. biar siapapun Tuan yang datang mengejar kakak, kakak cuma akan memandang.

penat ya cinta itu, Gadis?
Kakak takkan lupa pesan Gadis. mari bersama menuju Tuhan. Kakak sayang Gadis. umpamanya saudara kandung kakak sendiri. jaga diri, hati serta imanmu, Gadis.


untuk yg meninggalkan / ditinggalkan aku kali ini, cuma ini pesanku -- sama seperti pesan untuknya Tuan.


  • --- Tuan kejam. Tp jika benar asbabnya kerana Tuhan, maka Tuan pulanglah saat hati sudah cukup gagah! Gagah untuk membawa cinta ini menuju ke Tuhan bersama denganku!



noktah.



No comments: